fbpx

Mahkamah: Beberapa perenggan pernyataan saksi Emilia Hanafi dibenar gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S.M Faisal ketika hadir di Mahkamah Majistret hari ini. Foto- Faiz Alif/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan ahli perniagaan, Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin untuk menggugurkan beberapa perenggan dalam pernyataan saksi bekas isterinya Emilia Hanafi.

Majistret Nadia Othman, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam bela S.M Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader untuk menggugurkan beberapa perenggan itu disifatkan tidak praktikal.

“Mahkamah perlu keluarkan perintah supaya perenggan dalam penyataan saksi yang tak relevan dengan pertuduhan dikeluarkan. Jika mahkamah membenarkannya, saya memohon penyataan saksi tidak dibaca hari ini kerana akan memporak-perandakan sekali gus tiada turutan dalam pernyataan itu,” kata Akberdin.

Mendengar permohonan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria kemudian menegaskan tidak adil jika penyataan saksi itu tidak dibaca.

“Sebelum ini, saksi datang ke mahkamah untuk beri keterangan lisan dan hari ini ditetapkan untuk saksi membaca pernyataan secara bertulis.
Saksi perlu meneruskan dengan membaca penyataan saksinya dengan menggugurkan beberapa perenggan seperti dimohon pihak pembelaan,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Majistret Nadia kemudian menetapkan 24 Mac ini untuk sambung bicara dengan Emilia akan membaca pernyataan saksinya yang telah ditetapkan mahkamah.

Pada 28 Februari lalu, mahkamah menetapkan tarikh hari ini bagi serahan pernyataan saksi secara bertulis berhubung kes itu.

Mengikut pertuduhan, S.M Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI