fbpx

Kerajaan Negeri Kedah diminta tidak buat program syok sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri pada sidang akhbar selepas sesi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam DUN Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kehadiran orang ramai ke program-program keagamaan anjuran kerajaan negeri tidak boleh dijadikan penanda aras kepada kejayaan pembinaan modal insan dalam kalangan generasi muda ketika ini.

Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Zamri Yusof, pihaknya bimbang dengan peningkatan masalah sosial di negeri ini termasuk berkaitan penagihan dadah, ketum dan perceraian.

“Jadi kita nampak program-program kerajaan negeri mengenai pembinaan modal insan itu adalah program yang dianggap program syok sendiri.

“Kriteria apa yang kerajaan negeri nak capai. Apa sasaran yang boleh diukur, dia tak boleh jawab,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Kata beliau, penganjuran program bukan ukuran yang sebenar tentang apa yang dicapai berbanding dengan gejala negatif.

Terdahulu ketika sesi pertanyaan pada sidang DUN tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan negeri, Datuk Aishah Ghazali berkata, kerajaan negeri berusaha melaksanakan pembangunan modal insan rakyat negeri ini melalui pelbagai program keagamaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI