fbpx

Jika artis ada ‘gap’, jangan label mereka sombong – Pak Nil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAK Nil berharap tidak timbul isu sombong sekiranya ada artis yang mengambil pendekatan meletakkan batasan ketika bertemu peminat.

PETALING JAYA – Selebriti tersohor, Datuk Aznil Nawawi berharap selepas ini orang ramai tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan jika ada artis meletakkan batasan ketika bertemu atau bergambar bersama peminat.

Perkara tersebut diluahkan Aznil atau mesra disapa Pak Nil melalui siaran langsung dalam TikTok berkaitan insiden berdarah yang berlaku kepada pelakon Kamal Adli di Singapura, malam Ahad lalu.

“Kalian selepas ini apabila tengok artis-artis membawa pengawal peribadi janganlah label mereka sombong atau tidak mesra peminat.

“Benda ini (serangan) berlaku tidak kira di mana-mana negara sekali pun.

“Ada orang akan lakukan atas dasar dendam, benci atau berbuat demikian atas arahan orang lain,” kata pengacara berusia 61 tahun itu.

Susulan insiden yang menimpa Kamal, Pak Nil berpesan kepada semua rakan selebriti untuk lebih berhati-hati dan pada masa sama, berharap peminat memahami keadaan mereka jika meletakkan batas jarak ketika bertemu di luar.

“Pesanan untuk diri sendiri juga berharap untuk lebih berhati-hati selepas ini walaupun saya suka rapat bersama peminat.

“Apabila kejadian seperti ini berlaku, jadi takut juga untuk lebih rapat bersama peminat.

“Jika apa-apa tindakan diambil oleh selebriti terutamanya untuk ada jarak bersama peminat bukan bermakna mereka sombong,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pak Nil sempat mendoakan kesihatan Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose yang kini dalam ketakutan akibat kejadian.

“Mari kita doakan agar Kamal sembuh dan kembali seperti sedia kala serta Uqasha untuk hilangkan traumanya.

“Saya boleh cakap untuk kekal kuat sahaja kepada mereka walaupun sangat berharap untuk berada di sana (Singapura),” tuturnya.

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kejadian menimpa Kamal yang diserang oleh seorang individu tidak dikenali semasa hari terakhir Karnival Hari Raya Mega Sale 2023, Singapore Expo, Singapura.

Dia yang dipukul menggunakan cota besi dan senjata tajam pada hari kejadian mengalami kecederaan serius sehingga memerlukannya menjalani pembedahan, namun sudah sedarkan diri semalam.

Selain Pak Nil, beberapa rakan artis lain turut prihatin dengan kejadian yang menimpa Kamal seperti Tya Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Azza Elite dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI