fbpx

Hisap rokok, Ranbir Kapoor disangka ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANBIR KAPOOR

MELALUI zaman remaja yang agak nakal, pelakon Ranbir Kapoor mengakui banyak perkara ‘luar biasa’ pernah dilakukan suatu ketika dahulu kerana terlampau mengikut darah muda.

Menurut anak kepada Neetu Kapoor itu, ibunya kerap datang ke sekolah disebabkan kelakuannya.

Namun akui aktor itu, kejadian paling tidak disangka adalah ketika ibunya menyangka dia mengambil dadah selepas dilihat merokok secara sembunyi.

“Walaupun kejadian itu sudah terlalu lama, saya tetap ingat reaksi ibu. Dia sangka saya ambil dadah. Terus saya tidak lagi merokok,” kata bintang Tu Jhoothi Main Makkaar itu.

Tambah Ranbir, pengalaman zaman nakal membuatkannya kini sentiasa beringat untuk menjaga nama baik keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI