fbpx

Harga sawit kekal tinggi hingga April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permintaan tinggi menjelang Aidilfitri antara faktor yang menyokong harga minyak sawit sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan akan datang. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi pada paras sekitar RM4,000 per tan pada Mac dan April ini, disokong permintaan kukuh menjelang Aidilfitri, di­tambah sekatan eksport Indonesia yang dilaksanakan sehingga akhir April.

Maybank Investment Bank dalam nota kajian yang diterbitkan semalam berkata, simpanan stok Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menurun tujuh peratus bulan ke bulan pada Februari lalu kepada 2.12 juta tan, namun masih 39 peratus lebih tinggi tahun ke tahun.

“Pengeluaran merosot sembilan peratus bulan ke bulan, selari dengan bilangan hari yang lebih rendah pada Februari, tetapi 10 peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu.

“Eksport kekal kukuh pada 1.11 juta tan, penurunan dua peratus bulan ke bulan, mungkin sekali dibantu sekatan eksport lebih ketat oleh kerajaan Indonesia.

“Sementara itu, penggunaan domestik lebih tinggi pada 0.34 juta tan (naik tujuh peratus bulan ke bulan, 57 peratus tahun ke tahun) dipacu permintaan kukuh menjelang Hari Raya Aidil­fitri yang dijangka jatuh pada 22 April, iaitu 11 hari lebih awal berbanding tahun lalu,” katanya.

Firma itu mengekalkan pandangannya bahawa harga MSM akan menurun pada pertengahan tahun, dengan jangkaan pemulihan pengeluaran bermusim.

Tambahnya, kemungkinan ber­lakunya El Nino pada Julai hingga Disember tahun ini tidak mengganggu prospek pengelua­ran di rantau ini, sekiranya feno­mena tersebut berlaku pada tahap rendah hingga sederhana.

“Pencapaian 2023 lebih bergantung kepada sama ada syarikat perladangan mempunyai jum­lah pekerja yang mencukupi dan telah melakukan pembajaan secukupnya,” ujarnya.

Maybank Investment Bank mengunjurkan purata harga MSM pada RM3,400 untuk tahun ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI