fbpx

Hannan Medispa bekerjasama dengan Sirim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannan menandatangani plak perasmian MoA di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA –  Hannan Medispa telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Sirim Berhad (Sirim) sebagai usaha syarikat untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam bidang kecantikan dan mempertingkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenamanya.

Pengasas syarikat, Dr. Hannan Yusof berkata, menerusi kerjasama tersebut, Sirim akan menjadi pembekal utama bahan mentah untuk produk kosmetik yang dihasilkan. 

Menurut beliau, bahan mentah pertama yang dibekalkan adalah menggunakan ekstrak nanas yang  dipanggil bromelain.

“Kajian dan keberkesanan terhadap ekstrak nanas telah berjaya dilakukan oleh pasukan penyelidik Sirim sejak beberapa tahun lalu, ia sekali gus membuktikan produk kosmetik yang kami hasilkan berasaskan bromelain ini berkesan digunakan untuk membantu mencerahkan kulit.

“Pihak Sirim juga sudah dan akan berterusan menguji produk penjagaan kulit keluaran kami yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya. Pendek kata, produk kami lulus tapisan keselamatan Sirim,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Hannan menerangkan, seiring dengan termeterai perjanjian tersebut, Sirim sudah mengeluarkan sijil keselamatan untuk beberapa produk diuji.

“Produk rangkaian jenama kami sudah ada pengesahan daripada Sirim. Bersempena Syawal tidak lama lagi, syarikat akan memperkenalkan set produk penjagaan kulit dan rambut terbaharu di pasaran” katanya.

Beroperasi sejak 2012, jenama spa terkenal itu sudah memiliki 100 cawangan di seluruh Malaysia dengan jumlah keseluruhan 1,500 kakitangan serta disokong oleh lebih daripada tiga juta pelanggan.

Tambah beliau, syarikat kini memiliki pengeluaran produk penjagaan kulit   di Muar, Johor yang berkeluasan besar selain memiliki sijil pengiktirafan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI