fbpx

EPL: Erik Ten Hag anggap pengadil ‘curang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO (kanan) dilayangkan kad merah buat kali kedua musim ini selepas didakwa mengasari Alcaraz pada aksi kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mendakwa Liga Perdana Inggeris sebenarnya gagal membuat sebarang pembaharuan mengenai pe­ningkatan tahap permainan apabila masih kekal dengan stigma lama peraturan terjahan dan kontak fizikal dalam permainan.

Pada aksi menentang Sout­hampton yang berakhir dengan keputusan terikat tanpa jaringan di Old Trafford kelmarin me­nyaksikan Ten Hag berang selepas tonggak tengahnya, Casemiro dilayangkan kad merah untuk kali kedua musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu berdepan kemungkinan penggantu­ngan empat perlawanan selepas pengadil, Anthony Taylor menyifatkan terjahannya ke atas Carlos Alcaraz sebagai berbahaya selepas merujuk Video Bantuan Pengadil (VAR).

Casemiro terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-34 sekali gus menyaksikan impian United untuk mencatat kemenangan lebur apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh yang panjang.

“Pihak pengurus pengadil mengemukakan polisi musim ini bahawa kami pasukan di Liga Perdana Inggeris perlu meningkatkan tahap intensiti dan lebih kuat.

“Casemiro sudah beraksi dalam 500 perlawanan di pentas Eropah, dia tidak pernah mendapat kad merah secara terus, tetapi di sini dia sudah mengumpul dua. Dia seorang pemain yang keras, tetapi tidak pernah mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan.

“Apabila anda melihat situasi itu dalam gerak perlahan, terjahan itu kelihatan sangat buruk, tetapi dalam bola sepak anda tahu apa maknanya buruk,” katanya.

Ten Hag turut kecewa apabila pasukannya dinafikan beberapa peluang sepakan penalti terutama ketika bola terkena tangan pemain Southampton, Armel Bella-Kotchap di dalam kotak penalti.

“Pemain seakan sudah tidak faham mengenai polisi dan pe­raturan perlawanan kerana beberapa keputusan pengadil yang tidak konsisten. Situasi itu jelas apabila bola terkena tangan pemain,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI