fbpx

DUN Melaka: Usul tidak pakai tali leher diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUN Melaka meluluskan usul membenarkan ADUN yang menghadiri persidangan tidak perlu memakai tali leher pada hari kedua Sidang Pertama Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadiri persidangan tidak perlu memakai tali leher.

Yang Dipertua DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, kebenaran itu selaras dengan pendekatan dibuat di peringkat Persekutuan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul membenarkan Ahli Parlimen yang menghadiri persidangan untuk tidak mengenakan tali leher dan dibolehkan memakai baju batik setiap Khamis.

Katanya, langkah itu juga seiring gaya santai ditonjolkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memakai lounge suit tanpa tali leher.

“Budaya tidak memakai tali leher Kerajaan Perpaduan menjadi tumpuan selepas Jemaah Menteri mengikut gaya santai Perdana Menteri. Saya tiada halangan dalam isu ini dan menerima usul yang berkehendakkan menangguhkan atau menggantung penguatkuasaan peraturan dewan.

“Saya berpandangan memakai tali leher dan baju batik berlengan panjang tidak akan menjejaskan prestasi dan keterampilan para ADUN sebagai wakil rakyat, apa yang berlaku di peringkat Persekutuan wajar dicontohi,” katanya pada Sidang Pertama Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Ketika sesi pengundian, seramai 24 ADUN menyokong usul berkenaan, dua berkecuali dan dua tidak hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI