fbpx

DUN Melaka: Pasukan khas ditubuh tangani judi siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN Md. Ali menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan ketika Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas dengan penglibatan pelbagai pihak untuk mengawal dan membendung aktiviti judi dalam talian.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 501 serbuan, 513 tangkapan dan 516 rampasan perkakasan seperti komputer, telefon pintar serta wang tunai berjumlah RM107,614, sepanjang tahun lalu.

Menurut beliau, Melaka Tengah menjadi daerah tertinggi terlibat dengan aktiviti judi siber berdasarkan jumlah rampasan, serbuan dan tangkapan diikuti Alor Gajah dan Jasin.

“Statistik menunjukkan di kebanyakan daerah jumlah tangkapan yang dibuat melebihi jumlah serbuan yang dilaksanakan, ini menunjukkan keberkesanan usaha penguatkuasaan yang dijalankan PDRM.

“Justeru, perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menubuhkan pasukan khas yang dianggotai PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta lain-lain agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dikemukakan Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) mengenai perancangan mewujudkan pasukan khas bagi menangani judi siber yang berleluasa di Melaka dan di DUN Kuala Linggi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambahnya, laporan penguatkuasaan dan tindakan yang diambil jabatan dan agensi yang terlibat dalam pasukan khas juga akan dibentang untuk mengkaji semula keberkesanannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI