fbpx

Dua maut kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Wira yang remuk akibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kulim-Mahang di Karangan, Kulim pada pagi ini.

KULIM – Dua maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Karangan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira yang merupakan lelaki berusia 22 tahun dan seorang penumpang wanita meninggal dunia di lokasi kejadian.

Identiti penumpang wanita berusia lingkungan 20-an terbabit masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan mendapati kereta dinaiki dua mangsa itu dalam perjalanan dari arah Sungai Kob menghala ke Mahang di sini.

Katanya, sebuah lori kargo am dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun pula datang dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa disyaki masuk ke laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh sebelum melanggar bucu hadapan sebelah kanan lori yang bergerak di laluannya.

“Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian,” katanya  di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI