fbpx

CDM percaya Ramadan tidak ganggu persediaan atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NASIR (tiga dari kanan) meluangkan masa lebih sejam meninjau persiapan atlet-atlet melibatkan sukan gimnastik, wusyu, taekwondo dan sepak takraw di MSN sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd. Nasir Ali percaya barisan atlet negara tidak akan berdepan sebarang masalah untuk melakukan persiapan ke arah temasya dwitahunan tersebut.

Meskipun menyambut Ramadan yang bakal tiba beberapa hari sahaja, namun beliau yakin atlet serta barisan kejurulatihan sudah memiliki perancangan tersendiri bagi memastikan latihan tidak terjejas.

“Ada lebih kurang 50 hari sahaja lagi untuk Sukan SEA bermula selain beberapa hari menjelang Ramadan. Saya fikir mungkin akan ada sedikit kekangan dari segi susunan jadual latihan nanti.

“Bagaimanapun, saya yakin barisan kejurulatihan sudah ada perancangan tersendiri dan akan mengubah suai jadual latihan tersebut (sepanjang Ramadan),” katanya selepas melakukan lawatan ke venue latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) sebentar tadi.

Beliau yang juga Penolong Bendahari Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meluangkan masa lebih sejam bagi meninjau persiapan atlet-atlet melibatkan sukan gimnastik, wusyu, taekwondo dan sepak takraw.

Mohd. Nasir menjelaskan, beliau berpuas hati dengan komitmen serta kesungguhan yang ditampilkan kesemua atlet dalam usaha membawa pulang kilauan pingat emas buat kontinjen negara.

Sementara itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan berhubung cuaca panas yang sedang melanda Kemboja pada ketika ini selain kesukaran untuk mendapatkan makanan halal.

“Apa yang menjadi kebimbangan adalah cuaca panas terik, mereka anggarkan lebih 40 celcius, jadi kena minum air banyak. Berhubung makanan juga begitu, namun difahamkan perkampungan sukan ada sediakan makanan halal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI