fbpx

Buntu cari duit RM10,000 biaya rawatan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorazianty yang juga pekerja sambilan sebuah restoran mengambil cuti untuk menjaga ibunya, Rosniawati di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

KLUANG – Kehidupan sebuah keluarga kian terhimpit apabila ibu yang diharapkan untuk mencari nafkah dan rezeki buat keluarga kini terlantar di hospital akibat ketumbuhan dalam salur hempedunya.

Noorazianty Mat Din, 28, berkata, ibunya, Rosniawati Kasmiran, 54, disahkan menghidap penyakit itu selepas melakukan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang selepas mengadu sakit setiap kali membuang air kecil Februari lalu.

Katanya, selepas diperiksa, doktor memberitahu salur hempedu ibunya tersumbat akibat ketumbuhan.

“Setakat ini, ibu telah menjalani rawatan memasukkan tiub di kanan hempedu bagi menghilangkan air kuning di dalam ­tubuhnya.

“Selepas ini, doktor mungkin akan menebuk pula saluran kiri bagi melancarkan pengeluaran air kuning itu. Selepas bacaan kurang daripada 100, baru boleh buat kemoterapi bagi mengecutkan ketumbuhan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Noorazianty, rawatan itu memerlukan kos seba­nyak RM10,000 tidak termasuk bil hospital, susu dan kos rawatan tambahan.

Tambahnya, mereka buntu memikirkan kos tersebut memandangkan ibunya yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah hilang punca pendapatan sebanyak RM30 sehari.

“Sementara bapa, Mat Din Awang Teh, 60, pula hanya be­kerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Selain itu, ibu hanya mengharapkan sumbangan bulanan daripada anak-anak,” ujarnya.

Ujar pekerja sambilan sebuah restoran makanan segera di Se­remban, Negeri Sembilan itu, dia terpaksa mengambil cuti dan tinggal di Johor bagi menjaga ibunya yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“Syukur kerana suami memberi keizinan. Inilah pengorbanan yang kami anak-anak boleh lakukan,” katanya sebak.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Ambank Rosniawati di 8881005650691 atau hubungi talian 018-667 6049 (Noorazianty).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI