KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pertukaran itu berkuat kuasa pada 17 April ini.
Untuk rekod, Azmi memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur sejak 12 April 2021 yang mana sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Terdahulu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman Datuk Nerita Yaacob dilantik sebagai Pemangku Pengarah Pengurusan Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Seri Zaini Jass yang bersara 9 Mac lalu. -KOSMO! ONLINE.