TOKYO – Seorang ahli astronomi Jepun menyaksikan kawah baharu terbentuk selepas sebuah steroid kecil terhempas di Bulan pada kelajuan 48,280 kilometer sejam (km/j) bulan lalu, lapor portal berita Daily Star semalam.
Daichi Fujii yang juga kurator Muzium Bandar Raya Hiratsuka ketika itu mengkaji permukaan Bulan. Dia berkata bahawa asteroid tersebut jatuh di kawasan berhampiran kawah Ideler L serta membentuk kawah baharu berdiameter kira-kira 12.19 meter.
Dia menyaksikan fenomena itu sekitar pukul 8.15 pagi (waktu tempatan) pada 23 Februari lalu. Hentaman astreroid itu mencetuskan cahaya terang di Bulan.
Fujii merakamkan hentaman itu dengan menggunakan sejenis kamera ketika memantau Bulan, lappor portal berita space.com.
Gambar kawah yang terbentuk akibat hentaman asteroid itu lambat laun akan dirakam oleh kapal angkasa Lunar Reconnaissance Orbiter milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) atau Chandrayaan 2 milik India, kata Fujii.
Membangunkan pemahaman tentang kekerapan kejadian tersebut berlaku akan membantu saintis mempelajari jenis perlindungan yang diperlukan untuk misi ke Bulan yang akan datang dan dalam tempoh jangka panjang iaitu kewujudan pangkalan di permukaannya.
Impak terbesar yang diketahui pada Bulan dipercayai berlaku sekitar 4.3 bilion tahun lalu.
Satu objek besar jatuh berhampiran Kutub Selatan Bulan dan meninggalkan kawah besar dengan lebar kira-kira 487.68 meter dan dalam 1.52 meter. – Agensi