fbpx

Sukan SEA 2023 jadi penanda aras buat atlet kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyerahkan watikah pemilihan kepada wakil 914 atlet dan pegawai yang bakal menyertai 34 jenis sukan di Sukan SEA 2023 nanti. - Foto KOSMO!/MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

PUTRAJAYA – Temasya Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei depan bakal menjadi penanda aras sebenar buat kontinjen Malaysia di pentas antarabangsa pasca pandemik Covid-19.

Sebagai rekod, prestasi kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan edisi 2020 di Hanoi, Vietnam tahun lalu boleh dianggap kurang memuaskan dengan meraih kedudukan keenam keseluruhan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, semua atlet kebangsaan yang bakal beraksi di Kemboja pasca COVID-19 diharap dapat mempamerkan prestasi jitu seperti yang diharapkan.

“Saya fikir temasya kali ini ini akan menjadi kayu pengukur pasca Covid-19 selepas ada dalam kalangan atlet terlepas untuk sertai kejohanan atau berdepan kekangan untuk berlatih.

“Jadi, kali ini ia akan menjadi penanda aras untuk menilai prestasi sebenar atlet negara berbanding edisi yang lepas.

“Berkenaan sasaran, ia akan diumumkan selepas penelitiAn dan perbincangan bersama MSN dan ISN dengan jangkaan selewatnya April depan,” katanya pada sidang media Majlis Pengumuman Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja di sini, hari ini.

Norza telah menyerahkan watikah pemilihan kepada wakil 914 atlet dan pegawai yang bakal menyertai 34 jenis sukan di Kemboja.

Menerusi proses saringan dalam Jawatankuasa Pemilihan MOM yang bersidang pada 14 Februari dan 3 Mac lalu, hanya 390 atlet dan 150 pegawai memenuhi kriteria kelayakan Kategori A.

Bagaimanapun, jawatankuasa berkenaan bersetuju meluluskan penyertaan 287 atlet dan 87 pegawai pasukan mengikut Kategori B selepas mengambil kira permohonan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), dengan syarat persatuan membiayai latihan dan perjalanan ke Kemboja.

Kontinjen Malaysia sebelum ini mengakhiri saingan Sukan SEA 2020  dengan mengutip 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI