fbpx

RM5 bagi kutip sampah bukan sewa bentang tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar gambar dakwaan bayaran sewa kaki lima yang dimuat naik pengguna di Facebook.

PORT DICKSON – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai caj RM5 yang dikenakan adalah bayaran mereka duduk di kaki lima atau bentang tikar seperti yang tular di media sosial Facebook, baru-baru ini.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa sebaliknya berkata, bayaran RM5 itu dikenakan oleh pihak operator dilantik MPPD untuk memastikan kebersihan dan fasiliti di kawasan itu terjaga.

Menurutnya, kawasan tersebut adalah di PD Wellness Zone, Telok Kemang, di sini yang diselenggara oleh MPPD dan bukan milik persendirian.

“Bayaran RM5 dikenakan oleh pihak operator di PD Wellness Zone, Telok Kemang dengan menyediakan plastik sampah dan bukan untuk pengenaan sewa waqaf.

“Kutipan itu turut digunakan untuk menambah baik kemudahan fasiliti, infrastruktur dan landskap di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook apabila seorang pengguna mendakwa dia dikenakan caj sebanyak RM5 hanya kerana duduk di kaki lima.

“Sekarang ni pergi Port Dickson semua kena bayar eh? Smart betul! Kau duduk dekat kaki lima ni, letak tikar pun kena bayar RM5. Bukannya (kami) duduk dekat tapak perkhemahan itu pun. Baik kau beritahu air laut tu pun kau bayar sewa.

“MPPD, tolong pantau sikit. Takut esok, pasir pantai ini pun dia kira sebutir-sebutir,” kata pengguna tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI