fbpx

PSG kembali tebus kekecewaan di UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE berjaya meledak gol kemenangan PSG sekali gus menyamai rekod Cavani sebagai penjaring terbanyak kelab itu di Ligue 1. – AFP

PARIS – Pasukan Paris Saint-Germain (PSG) berjaya menutup mulut pengkritik selepas kembali berada di landasan kemenangan susulan kemenangan 2-1 yang dicatatkan pada aksi Ligue 1 menentang Brest awal pagi semalam.

Sebagai rekod, kelab gergasi Perancis itu telah dikritik hebat susulan keputusan mengecewakan apabila tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu selepas tewas 0-3 kepada Bayern Munich secara agregat.

Jurulatih PSG, Christophe Galtier mengakui sangat gembira apabila pasukan berjaya me­ngukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga selain menafikan dakwaan bahawa beberapa pemain tidak ‘serasi’ di atas padang.

“Saya sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan termasuk pengarah sukan, Luis Campos dan presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi termasuk selepas kita tewas pada saingan Liga Juara-Juara yang lepas.

“Semua pihak kini sebulat sua­ra untuk memastikan kami dapat mengakhiri kempen musim ini dengan menjuarai kejuaraan liga buat kali ke-11 dan saya lihat pemain begitu bersungguh di atas padang tanpa sebarang masalah dalaman,” katanya.

Sementara itu, Galtier turut gembira dengan jaringan gol kemenangan yang dilakukan oleh penyerang sensasi, Kylian Mbappe pada masa kecederaan sekali gus menyamai rekod Edinson Cavani selaku penjaring terbanyak liga buat PSG dengan 138 gol.

“Kemenangan ini cukup manis kerana ia dikecapi pada minit ke-92. Pujian wajar diberikan kepada Brest kerana memberikan tentangan sengit sehingga hampir mencatatkan keputusan seri tetapi nasib lebih memihak kepada kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI