fbpx

Program ‘Dual Campus’, ‘Double Degree’ beri lonjakan buat MSU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasih (kiri), Wira (dua dari kiri), Khaled (tengah) dan Junaidah (kanan) ketika majlis pelancaran program Dual Campus, Double Degree MSU, pagi tadi. FOTO FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Management and Science University (MSU) hari ini melancarkan program ‘Dual Campus’ dan ‘Double Degree’ melibatkan dua negara serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia.

Pelancaran program ‘Dual Campus’ melibatkan MSU Shah Alam dengan MSU Jakarta, Indonesia manakala program ‘Double Degree’ di antara MSU dan Universitas Airlangga (UNAIR) serta Jakarta Global University (JGU).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program berkenaan harus menjadi satu manifestasi membuktikan keupayaan sektor pendidikan tinggi Malaysia mengangkat kecemerlangan merentas sempadan.

“Perkara ini sangat bertepatan dengan cita-cita saya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab atau pusat pengembangan bakat yang dihormati dunia.

“Dengan pelancaran kolaborasi julung kali MSU ini, saya sangat berpuas hati dan yakin MSU akan lakukan yang terbaik susulan reputasinya yang bagus dan baik.

“Saya yakin penawaran program seperti ini akan memperkaya secara signifikan pengalaman para pelajar bukan sahaja dari kedua-dua negara tetapi pelajar dari seluruh dunia yang mengikut program ini,” ujarnya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program itu di Dewan Canselor MSU, pagi tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya akan memberikan sokongan secara berterusan kepada MSU dalam usaha-usaha mengembangkan serta memainkan peranan lebih besar dalam sektor pendidikan tinggi dalam negara.

Sehubungan itu, Presiden MSU, Professor Tan Seri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, kerjasama antara MSU serta rakan strategik luar negara ini membolehkan pelajar berpeluang merasai pengalaman pembelajaran di Malaysia atau pun di Indonesia.

“MSU mempunyai lebih dari 350 rakan strategik di serata dunia bagi menyokong program ‘international partnership’ atau pengantarabangsaan.

“Program ini adalah mobiliti sepenuhnya yang membolehkan pelajar memilih untuk belajar dalam negara atau di Indonesia.

“Kita menawarkan dua program utama iaitu peringkat sarjana muda (undergraduate) dan lepaskan ijazah (postgraduate),”jelasnya.

Katanya, program ini akan mendedahkan pelajar untuk membina kematangan berfikir serta kedewasaaan di samping membentuk sikap kompetitif dalam diri pelajar.

Turut hadir ke pelancaran program berkenaan, Realtor UNAIR, Prof Dr Mohammad Nasih, Naib Canselor MSU, Prof Sri Datuk Dr Junaidah Abd Hamid serta pengurusan kanan MSU dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI