fbpx

Muhyiddin tiba untuk pertuduhan di Mahkamah Shah alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

SHAH ALAM – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam, di sini sebentar tadi.

Muhyiddin yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tiba pukul 8.20 pagi itu dijangka akan didakwa satu pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM5juta yang dimasukkan dalam bank milik Bersatu.

Muhyiddin hadir bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Jumaat lalu, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin, 76, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta, tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI