fbpx

[VIDEO] Masih ada rasa cinta, tak sangka dituduh cedera orang saya sayang – Hafidz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz (tengah) ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, pagi tadi.

HULU SELANGOR – “Masih wujud rasa cinta terhadap Shuhada dan saya akan cuba selamatkan rumah tangga kami”.

Itu kata-kata pelakon Hafidz Roshdi, 29, ketika ditemui selepas prosiding kes dan membayar jamin atas di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini atas pertuduhan menumbuk bekas isterinya.

Menurut Hafidz, meskipun berdepan konflik rumah tangga, namun ruang pendamaian bersama Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, itu masih terbuka sehingga bila-bila.

“Masih wujud rasa cinta terhadap dia (Shuhada) dan saya akan cuba yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga saya,” katanya ringkas selepas membayar jamin.

Sementara itu, Hafidz ketika membaca kenyataan akhbar berhubung pendakwaan kes itu, berkata tidak pernah terlintas difikiran dihadapkan ke mahkamah dan dituduh mencederakan orang yang disayangi.

“Saya adalah seorang manusia, sama seperti anda yang inginkan kebahagian sehingga ke penghujungnya. Namun, hari ini adalah satu episod yang paling suram dalam hidup saya,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut meluahkan rasa sebak dan rindu terhadap kedua-dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

“Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun Abah lupakan kalian. Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang Hafidz selama ini, dan sentiasa bersama Hafidz apa jua keadaan dan situasi. Terima kasih banyak-banyak.

“Kepada yang di luar sana, hentikan membuat spekulasi, dan menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga saya di media sosial untuk isu-isu yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya. Mungkin dengan doa-doa anda yang baik-baik, semuanya akan bertambah baik buat saya dan keluarga saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI