fbpx

Luahan Pembaca: Jangan diskriminasi pemilik lesen memandu kereta automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMEGANG lesen memandu automatik tidak dibenarkan memandu kenderaan manual. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Melalui ruangan ini saya ingin menuntut penjelasan pihak kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tentang kesalahan menggunakan lesen memandu automatik apabila memandu kenderaan manual.

Walaupun begitu, tidak menjadi kesalahan memandu menggunakan lesen memandu manual kepada kenderaan automatik.

Jika difikirkan, kedua-duanya adalah lesen memandu yang sah diperoleh melalui pelbagai ciri ceramah dan ujian memandu dikendalikan sekolah memandu dan JPJ.

Dari segi kos, lesen memandu automatik lebih mahal daripada lesen manual. Jika tidak, pemilik lesen memandu automatik hanya boleh menggunakan kereta automatik sahaja, sedangkan kereta dibina untuk pemanduan automatik dan manual.

Situasi ini dilihat tidak wajar dan tidak praktikal, umpamanya dalam kes kecemasan, kerosakan kenderaan automatik yang perlukan pemiliknya menggunakan kenderaan manual.

Jika kedua-dua jenis lesen memandu ini sudah dianggap layak dan diiktiraf sebagai lesen memandu yang sah, tidak perlulah dibezakan penggunaanya.

Apabila memandu menggunakan lesen memandu automatik kepada kenderaan manual, seolah-olah memandu tanpa lesen dan ini berlaku ke atas anak saya yang disaman sebanyak dua kali.

Diharapkan, Kementerian Pengangkutan melihat kembali penggunaan lesen memandu manual dan automatik agar lebih praktikal supaya pemilik lesen memandu automatik ini diberikan hak yang seadil-adilnya seperti pemilik lesen memandu manual.

Ini supaya segala penat lelah dan wang ringgit dicurahkan di sekolah memandu berbaloi dan tidak wujud diskriminasi. Tidak salah JPJ memperkenalkan satu lagi tranformasi.

Mahu Keadilan
Temerloh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI