fbpx

Lagi bot nelayan tempatan dikendali PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI Dan bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang berhampiran Pulau Kendi, semalam.

GEORGE TOWN – Dua bot nelayan tempatan kelas C ditahan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang selepas disyaki melanggar syarat lesen dan menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI), semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan itu dilakukan semasa kedua-dua bot terbabit berada di kedudukan 59.2 kilometer Barat Laut Pulau Kendi antara pukul 11.30 hingga 11.55 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati, dua bot ini berpangkalan di Bagan Hutan Melintang Perak, masing-masing dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru kesemuanya warga Myanmar berumur lingkungan 20 hingga 41 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut, tekong dan kesemua kru dua bot itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kebenaran menggajikan kru warga asing manakala pemilik bot disyaki melakukan kesalahan kerana membenarkan warga asing tinggal dalam bot kepunyaannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran.

“Dua bot serta 10 kru ditahan termasuk 1,000 kilogram hasil laut sebelum dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Pulau Pinang dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan,” katanya.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI