PETALING JAYA – “Tuanku, patik sebenarnya risau sangat pagi ini, risau Johan ‘menyampuk’ salah,” seloroh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menemu bual Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam segmen Bekpes Hot di Hot FM, pagi ini.
Bagaimanapun, proses temu bual yang berlansung kira-kira 30 minit itu, mendapat maklum balas positif daripada Tunku Ismail.
“So far okay (secara keseluruhannya baik),” balas Tunku Ismail sambil ketawa selepas disoal penyampai radio, Johan adakah tingkah lakunya hari ini memuaskan TMJ.
Pada masa sama, kehadiran pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT), dalam segmen pagi ini adalah untuk bercerita keadaan semasa mangsa banjir di Johor selain berkongsi pengalamannya mengendalikan pasukan JDT. – KOSMO! ONLINE