fbpx

Kerajaan selaras bantuan orang asli terkesan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

MELAKA – Kerajaan akan menyelaras semua bentuk bantuan kepada masyarakat orang asli yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda Johor dan Pahang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah diminta pergi ke kawasan terlibat bagi membuat penilaian secara terperinci.

Beliau berkata, selain bantuan Jawatankuasa Bencana Pusat di peringkat negeri dan daerah, masyarakat orang asli juga berhak menerima bantuan lain daripada Jakoa.

“Bukan setakat infrastruktur dan jalan akan dibaik pulih tetapi juga perkakasan rumah serta membaik pulih rumah juga akan turut dilakukan dan saya minta Ketua Pengarah Jakoa turun padang tinjau dan nilai bentuk bantuan yang perlu disalurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Tambah Ahmad Zahid, beliau akan memastikan koordinasi antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Jakoa berjalan lancar bagi membantu masyarakat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI