fbpx

Ji-won dah tak ‘sorok’ suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JI-WON

SELEPAS mendirikan bahtera perkahwinan pada tahun lalu, pelakon Wang Ji-won akhirnya terbuka berkongsi mengenai pasangannya.

Perkara tersebut didedahkan Ji-won dalam rancangan Same Bed Different Dream 2 mengenai kehidupan berumah tangga dengan suami yang tiga tahun lebih muda daripadanya.

Semasa mengenali pasangannya, Ji-won merupakan bekas penari balet yang mengikuti kursus elit di Korea National University Of Arts dan National Ballet.

Suaminya pula, Park Jong-seon merupakan ketua penari balet kebangsaan.

Bermula dari situ, mereka mengenali hati budi masing-masing dan berkahwin selepas dua tahun bercinta.

Ji-won menyifatkan suaminya seorang yang tampan sehingga menyebabkan dia jatuh cinta pada pandangan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI