fbpx

Jenna Ortega ketagih pakai baju warna hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNA ORTEGA

SEJAK berhasil menempa nama menerusi siri original Netflix, Wednesday, pelakon Jenna Ortega mengalami banyak perubahan dalam hidup termasuk dari aspek imej dan pemakaiannya.

Ujar pelakon berusia 20 tahun itu, watak Wednesday Addams yang dijayakan dalam siri tersebut meninggalkan impak menjadikan dirinya berpakaian serba hitam setiap hari.

“Ketika berlakon dalam siri Wednesday, setiap hari saya memakai pakaian hitam. Gara-gara itu, sehingga kini saya seolah-olah ketagih untuk mengenakan pakaian berwarna gelap setiap hari.

“Bahkan almari saya di rumah juga dipenuhi dengan baju berwarna hitam,” ujarnya.

Kata Ortega, sebelum ini dia merupakan seorang gadis yang menyukai pelbagai warna dan fesyen, namun segala-galanya berubah gara-gara watak Wednesday Addams.

“Mungkin ketika berlakon, saya terlalu menghayati watak sehingga terbawa-bawa sehingga kini.

“Apa-apa pun saya sangat selesa dengan pakaian berwarna hitam sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN