fbpx

Hanya 15 laporan EIA diluluskan di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Zakiah (kiri) melawat gerai pameran sempena Seminar Alam Sekitar ‘Invest In Our Planet’ di Seberang Jaya, hari ini. FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menerima 40 laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) membabitkan 27 permohonan projek pembangunan di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab walau bagaimanapun berkata, daripada jumlah itu, hanya 15 laporan yang diluluskan selepas didapati menepati kehendak dan syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, EIA adalah kajian yang menilai kesan berpotensi berlaku akibat pelaksanaan pembangunan dikategorikan sebagai ‘aktiviti yang ditetapkan’ mengikut Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (EIA) 2015.

“Antara laporan EIA yang diterima membabitkan permohonan pelaksanaan projek di kawasan cerun, pengolahan dan pelupusan sisa, estet perindustrian, perlombongan, pantai, industri kimia, kuari dan perumahan.

“Ada beberapa sebab mengapa laporan yang dikemukakan ditolak antaranya laporan yang dihantar tidak lengkap sama ada dari segi teknikal dan tidak mematuhi ulasan-ulasan daripada agensi berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Alam Sekitar ‘Invest In Our Planet’ di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Selain itu katanya, terdapat sebilangan laporan yang dikemukakan gagal mengambil kira keperluan polisi, pelan struktur, guna tanah termasuk keperluan ‘buffer zone’ (zon penampan) iaitu jarak selamat antara kawasan projek dan kawasan penempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI