fbpx

Guru terima gaji selepas iklan jual buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NS nekad menjual buah pinggang kerana kesempitan hidup akibat tidak dibayar gaji. – TV One/Kadek Sugiarta

JAKARTA –  Seorang guru dari Boalemo, dalam wilayah Gorontalo akhirnya menerima bayaran gaji tertunggak selepas dia mengiklankan  tawaran menjual buah pinggang di laman sosial, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Guru hanya dikenali sebagai NS itu menjadi perhatian di media sosial selepas menawarkan buah pinggangnya untuk dijual akibat kesempitan hidup.

“Jika ada yang mahu membeli buah pinggang, saya ingin menjual buah pinggang saya. Alasannya adalah untuk memenuhi keperluan anak,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik sebelum ini.

Tambah NS, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana sudah ‘letih’ menunggu gaji yang masih belum dibayar.

“Daripada mengharapkan gaji, barangkali kiamat baru dibayar,” ujarnya.

Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah Boalemo mengaku telah memanggil guru berkenaan dan menasihatinya agar tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang.

“Pihak kami sudah memanggil guru tersebut bagi menasihatinya dan mendapatkan penjelasan mengenai tindakannya yang mahu menjual buah pinggang menerusi akaun media sosial,” kata Ketua Pembangunan Guru dan Kakitangan Pendidikan Pejabat Pendidikan Boalemo, Rikpson Utiarahman.

Tambah Rikpson, isu kelewatan dalam pembayaran gaji itu disebabkan oleh isu pentadbiran namun, gaji semua guru termasuk NS telah dibayar.

Menurut beberapa laporan, sebilangan guru di daerah tersebut tidak menerima gaji selama tiga bulan tanpa diberikan alasan yang jelas daripada pemerintah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI