fbpx

Guru Bahasa Melayu didakwa cabul murid dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Rosli@Rosli (tengah) dibawa ke dibawa ke lokap Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini selepas didakwa atas pertuduhan mencabul murid perempuan pada tahun lalu.

KOTA BHARU – Seorang guru Bahasa Melayu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun dua di dalam kelas di sebuah sekolah di Bachok dekat sini, tahun lalu.

Tertuduh, Nik Rosli@Rosli Abdul,56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun 11 bulan.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini kira-kira pukul 7.40 pagi hingga 9.40 pagi pada minggu ketiga bulan April 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap pertuduhan tersebut kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan amanah dengan mangsa iaitu guru dan murid.

Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan akan melantik peguam dan memohon jaminan diberikan dan mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes namun tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI