fbpx

EPL: Liverpool belum mampu bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Liverpool tewas menentang Bournemouth kelmarin. – AFP

DORSET – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa beliau tidak gembira menentang pasukan yang kompak dan menggunakan pendekatan bertahan ketika tewas 0-1 kepada Bournemouth kelmarin.

Selepas mendapat tonik terbaik menewaskan Manchester United 7-0 minggu lalu, Liverpool gagal mengekalkan momentum berkenaan biarpun dilihat berjaya menguasai perlawanan, namun dikecewakan dengan sentuhan penyudah yang tumpul.

Pemain tengah The Cherries, Philip Billing berjaya meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-28 untuk memastikan pasukan itu keluar dari zon penyingkiran.

“Apa lagi yang saya boleh katakan? Kami tidak bermain de­ngan cara kami, babak pertama kami mendominasi perlawanan, namun kami sering meletakkan bola pada momen yang salah menentang sebuah pasukan yang kuat ketika bertahan.

“Saya fikir kami mempunyai ruang yang cukup untuk mencipta sesuatu yang baik, cuma kami tidak menggunakan dengan sebaik mungkin, gagal memecahkan strategi bertahan yang mereka gunakan.

“Mereka juga menggunakan cara yang hampir sama dengan kami dan berjaya menjaringkan gol kerana kami tidak bertahan dengan baik. Babak kedua kami bermula dengan bagus, selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti, kami menjadi sedikit kelam-kabut dan gagal memberikan aksi terbaik,” jelasnya.

Pada aksi berkenaan, Liverpool berpeluang untuk pulang dengan satu mata, namun Mohamed Salah yang diberikan tanggungjawab mengambil sepakan penalti gagal menyudahkannya apabila sepakannya tersasar.

“Saya fikir kali terakhir kami mendapat sepakan penalti sudah agak lama, tetapi jika kami mampu menyudahkannya pada aksi tersebut, keputusan akhir perlawanan pasti berbeza,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI