fbpx

Dewan Rakyat: MITI rangka dasar khusus kenderaan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam usaha merangka satu dasar khusus berkenaan kenderaan elektrik (EV) yang dijangka menyaksikan pertumbuhan yang progresif dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, tugas tersebut kini digalas oleh jawatankuasa khas EV di bawah kementerian selepas penubuhannya diluluskan Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu untuk meneliti pengeluar, pengimport dan jenama yang boleh diberi peluang bagi pasaran domestik.

“Aspek kedua membabitkan stesen pengecasan, selain rangkaian elektrik dan elektronik (E&E) dengan pengeluar EV.

“Jadi, di sini kerajaan memerlukan sedikit masa lagi untuk menggariskan masa depan EV,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang ingin tahu berkenaan usaha kerajaan dalam perkembangan EV yang semakin berkembang pantas ketika ini.

Tambah Chin Tong lagi, jika dilihat kepada perkembangan terkini, penghasilan kenderaan EV secara domestik mungkin dibuat dalam tempoh sehingga dua tahun lagi.

“Dari segi harga pengeluaran dan kereta, memang ia akan menyaksikan perubahan sangat besar, membabitkan aspek persaingan serta perubahan daripada kenderaan enjin konvensional kepada EV.

“Menerusi perkembangan ini, mungkin ada peluang keadaan baharu akan wujud dalam setahun dua lagi,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI