fbpx

Dedahkan siasatan SPRM, jangan tangguh keadilan buat Najib – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi mahu laporan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Hakim, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali didedahkan kepada umum.

Ini kerana kata Timbalan Pengerusi Tetap UMN0 itu, laporan tersebut telah diserahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Parlimen) Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sejak 21 hari lalu.

Namun katanya, setakat ini tiada tindakan dibuat menyebabkan kes berhubung penyelewengan dana SRC International oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendapat keadilan yang telus.

“Apakah adil, keadilan untuk Najib tertangguh? Apakah adil tiada tindakan diambil sebelum keputusan semakan kehakiman dalam kes SRC Najib diputuskan?

“Rakyat ingin tahu jika benar siasatan terhadap Nazlan membuktikan memang wujud “konflik kepentingan” dan “pelanggaran etika” yang membolehkan Hakim Nazlan didakwa,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menggesa supaya siasatan itu didedahkan kepada orang ramai supaya keadilan buat bekas Perdana Menteri itu dapat ditegakkan.

“Tahniah Azalina kerana beritahu Parlimen laporan itu telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara.

“Tulisan Tun Abd Hamid bekas Ketua Hakim Negara “Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri” amat tajam dan jadi hujah penting bahawa tidak ada sebab SPRM tidak boleh menyiasat seseorang Hakim (saya akan komen esok).

“Tetapi hari ini kita mendesak jangan tangguh keadilan untuk Datuk Najib Razak,” ujarnya.

Terdahulu, pada 23 Februari lalu, media melaporkan, laporan SPRM terhadap Mohd Nazlan, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Tengku Maimum.

Azalina berkata, SPRM memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Februari 2023.

Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, dimaklumkan dalam surat itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI