fbpx

Banjir termenung di Johor dijangka pulih sebulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melawat mangsa banjir di kawasan Senggarang setelah hampir 12 hari banjir tidak surut di daerah Batu Pahat semalam. – Polis Daerah Batu Pahat

BATU PAHAT – Keadaan banjir di negeri ini dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh dua ming­gu atau sebulan bergantung kepada keadaan cuaca dan proses mengepam air bah keluar.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Alam Sekitar, Wa­risan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, Jabatan Peng­airan dan Saliran (JPS) Johor telah menempatkan pam air di beberapa lokasi di sekitar Batu Pahat sejak beberapa hari lalu.

“Ujian yang kita hadapi sejak 1 Mac lalu ialah air banjir tinggi dan kini air sedang mengalir keluar. Kita jangka dua minggu atau sebulan akan surut kerana kea­daan air banjir termenung, jadi kita kena pam keluar (air).

“Sebanyak 21 pam lagi akan dibawa dari semua negeri ke Batu Pahat, tetapi (untuk memasang) pam air ini kita mesti melihat air sungai tidak melepasi paras tebing,” katanya selepas meninjau operasi pam air tambahan dipasang di Pintu Air Kuala Senggarang di sini.

Raven berkata, situasi banjir di Johor seperti di Segamat me­nunjukkan penurunan bilangan mangsa, namun di daerah Batu Pahat menyaksikan trend statik dan peningkatan susulan air banjir termenung serta air melimpah ke kawasan rendah.

Beliau berkata, beberapa lokasi di Johor yang sebelum ini banjir seperti di Segamat sudah memasuki fasa pasca banjir dan kerja pembersihan dilakukan dengan kerjasama pihak ber­kuasa dan badan bukan kerajaan.

Sementara itu, Pengarah JPS Johor, Azren Khalil berkata, 46 pam bergerak dengan kapasiti pam lima hingga 20 cusec (kaki persegi sesaat) dipasang di tujuh daerah di negeri itu sejak bebe­rapa hari lalu.
Beliau berkata, 14 pam dipasang di Tangkak, 12 di Batu Pahat, ­ma­sing-masing enam di Johor Bahru dan Pontian, empat di Mer­sing, tiga di Muar dan satu di Kota Tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI