fbpx

Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh, netizen mohon cuti peristiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Anwar sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).

Michelle atau nama sebenarnya, Yeoh Choo Kheng, 61, memenangi anugerah tersebut menerusi lakonan sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once di Dolby Theatre, Los Angeles.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama Asia memenangi anugerah berprestij itu.

“Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan.

“Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia,” tulis Anwar hari ini.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen meminta agar Anwar mengumumkan cuti peristiwa sempena kejayaan membanggakan rakyat Malaysia di persada dunia.

“Wajib bagi Public Holiday, Dato’ Seri. Bukan senang nak menang anugerah oscar ni,” tulis Fadzmi Fauzi.

“Cuti peristiwa Dato, harap dipertimangkan,” kata Ungku Farikhin Ungku Farikhin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Gee Cg.

“Esok cutilah PMX (Perdana Menteri ke-10) untuk meraikan rakyat pertama yang memenangi Oscar Award,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI