PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila tersebar satu rakaman video memaparkan tindakan spontannya menyanyikan lagu bertajuk Azizah ketika menghadiri Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik pemilik akaun, Pak Yob Caddy di Twitter, Anwar ketika melalui khemah kumpulan penyanyi di majlis tersebut, beliau terus menyinggah bersalaman dengan vokalis sebelum menyambung nyanyian lagu kegemarannya itu.
Rata-rata orang ramai menyifatkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang ‘sempoi’ selain mempunyai perwatakan menarik dan mudah didekati orang ramai.
“Santai, Perdana Menteri Malaysia kai ini, sekarang baru aku faham kenapa semua lapisan rakyat marhaen senang dan selesa dgn beliau (Anwar Ibrahim)
“Sikap menyantui PM kita kali ini bukan dibuat-buat,” ciap seorang pengguna Twitter.
“PM kita ini pantang dengar lagi kekasih hati ‘Azizah’ mesti ada sahaja gelagat lawaknya, suara pun sedap. Moga PM kita kali ini diberikan kesihatan yang baik untuk berkhidmat buat rakyat dan negara Malaysia,” ujar Aimaniizati. – KOSMO! ONLINE
Hohh nona ku azizah….
PMX di Balai Bomba Tambun pic.twitter.com/6a9Mk1HF4t— PakYob_Caddy (@PakYob_Caddy) March 11, 2023