fbpx

Sokong pinda Akta Kerja bela nasib p-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (empat belakang kanan) bersama sebahagian penerima baucer tersebut, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menyokong tindakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang akan memohon kerajaan supaya meminda Akta Kerja 1955 bagi mengiktiraf pekerja p-hailing dalam akta tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, situasi itu amat melegakannya kerana kerajaan Selangor sentiasa membela pekerja dalam industri tersebut.

“Sekarang ini, status pekerja p-hailing ini adalah status mereka bekerja sendiri dan bukannya pekerja tetap, yang mana tidak mendapat faedah yang diperoleh mereka yang berstatus pekerja tetap.

“Jadi, saya gembira apabila Menteri Belia dan Sukan menyatakan akan mohon kerajaan untuk buat pindaan akta ini dan kerajaan Selangor sokong dengan tindakan Hannah itu,” katanya ketika dalam majlis pemberian baucer RM100 Back To School-Selangor Prihatin, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) yang sedang berjalan ketika ini.

Namun, kata beliau, inisiatif tersebut hanya diberikan sekali (one off) kepada seorang pekerja p-hailing, justeru kerajaan negeri tidak dapat membantu pekerja industri ini setiap masa.

“Kerajaan Selangor akan bantu mana yang termampu, tapi yang paling penting adalah peranan Kerajaan Pusat yang membela pekerja industri ini.

“Saya harap Kerajaan Pusat dapat pinda Akta Kerja 1955 secepat mungkin,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI