fbpx

Polis Hong Kong buru gadis seksi cari buku di perpustakaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan seorang wanita mencari buku di sebuah perpustakaan Hong Kong baru-baru ini. – Agensi

HONG KONG – Polis sedang melakukan siasatan berhubung klip video yang tular di media sosial memaparkan seorang gadis sedang mencari  buku dalam keadaan terdedah di sebuah perpustakaan di Hong Kong, lapor portal berita South China Morning Post (SCMP) baru-baru ini.

Klip video itu berdurasi  empat saat dan menunjukkan gadis berkenaan menanggalkan pakaian ketika lensa kamera terarah kepadanya. Rakaman berakhir selepas dia berdiri di rak buku perpustakaan tersebut.

Tempat duduk berwarna ungu dan susun atur rak buku  menunjukkan klip video itu dirakam di Perpustakaan Pusat di Causeway Bay tetapi asal usul video dan identiti gadis itu masih tidak diketahui setakat ini.

Namun, jurucakap Jabatan Perkhidmatan Riadah dan Kebudayaan berkata, pihaknya telah membuat laporan polis walaupun perpustakaan itu tidak mempunyai rekod tentang kejadian itu.

Seorang jurucakap pula polis berkata,  selepas siasatan awal, gadis itu disyaki telah mendedahkan dirinya di perpustakaan, namun tiada sesiapa pun yang ditangkap setakat ini.

Di bawah Ordinan Jenayah, mana-mana orang yang secara tidak senonoh mendedahkan badan di mana-mana tempat awam tanpa kebenaran atau alasan yang sah boleh dihukum denda HK$2,000 (RM1,152) dan enam bulan penjara. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI