fbpx

Muhyiddin setuju terus terajui Bersatu, PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN

PETALING JAYA- Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk terus memimpin parti tersebut dan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin berkata, ia diputuskan sedemikian berikutan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu bersetuju mengekalkan kedudukannya sebagai presiden dan usul menolak peletakan jawatannya.

“Saya sudah tawarkan diri untuk meletakkan jawatan kerana sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah. Ia bertepatan dengan moto parti sendiri iaitu bersatu, bermaruah dan beramanah.

“Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya di atas pertuduhan yang sedang dihadapi tetapi mereka (Bersatu) menolak dan meluluskan usul untuk tolak peletakan jawatan saya.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk teruskan tugas sebagai presiden parti,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM, hari ini.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sebelum ini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI