fbpx

KSM seru majikan bayar gaji minima kepada lepasan siswazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (gambar) ketika majlis pengumuman penganjuran National Human Capital Conference and Exhibition (NHCCE) 2023 - Wilayah Utara di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Lepas hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyeru para majikan membayar gaji terutama kepada lepasan siswazah pada kadar melebihi kadar minimum yang ditetapkan kerajaan.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, ini kerana ada segelintir majikan yang beranggapan bahawa gaji minimum yang ditetapkan kerajaan RM1,500 adalah kadar upah yang perlu dibayar kepada setiap pekerja mereka.

“Gaji RM1,500 yang ditetapkan ini adalah gaji minimum, tidak bermakna majikan hanya perlu membayar RM1,500 kepada pekerja, ini satu persepsi yang salah.

”Majikan boleh membayar gaji lebih daripada RM1,500, saya alu-alukan majikan untuk melihat semula tangga gaji yang diberikan kepada pekerja mereka untuk pastikan pekerja tenaga mahir tidak meninggalkan pekerjaan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Konvensyen Setia Spice, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak memaksa mana-mana majikan untuk menaikkan kadar gaji kepada pekerja mereka, namun adalah wajar jika kadar gaji itu dinaikkan berdasarkan situasi semasa.

”Kalau kerajaan tetapkan kadar gaji minimum RM2,000 ini akan menjadi satu paksaan kepada majikan pula dan akan timbulkan lebih banyak masalah lain.

“Saya percaya pengertian sebenar tentang gaji minima akan membuatkan majikan lebih sedar mengenai kadar gaji yang patut diberikan kepada pekerja,” tanhahhya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI