fbpx

KPM perinci syor anti gangguan seksual, buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) ketika Majlis Pelancaran Projek Rintis Program 3S di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan sedang memperincikan syor yang dikemukakan jawatankuasa anti gangguan seksual dan anti buli bagi mendapatkan solusi terbaik sebagai langkah menangani kejadian itu di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau yakin saranan dan cadangan yang disuarakan jawatankuasa terbabit dapat meningkatkan keselamatan ekosistem sekolah.

“Saya yakin kita menuju kepada ekosistem selamat dan syor ini dapat memudahkan akses untuk anak-anak mendapatkan bantuan dalam konteks melindungi diri mereka berkaitan isu-isu buli dan gangguan seksual.

“Selain itu, syor berkenaan dapat menguatkan lagi dasar khususnya polisi perlindungan anak-anak yang lebih baik sekali gus memastikan keselamatan mereka di sekolah.

“Saranan syor tersebut akan diperincikan KPM dan akan kita maklumkan supaya dapat sama-sama didokong sekali gus memastikan sekolah anak-anak lebih selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek rintis Program 3S (Safer Mind, Safer School, Safer Future) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan, di sini hari ini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut memuji inisiatif yang dilaksanakan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal itu sebagai salah satu usaha menangani gejala negatif antaranya buli, gangsterime, vandalisme dan rasis di sekolah.

Katanya, platform itu akan memanfaatkan 42 buah sekolah di mana aduan berkaitan permasalahan boleh dikemukakan menerusi talian yang disediakan.

“Pendekatan diambil bersifat lebih kepada teknologi digital dan pada masa yang sama akan memberi tumpuan untuk melindungi anak-anak sejurus aduan dibuat.

“Pemegang taruh membabitkan pihak sekolah,ibu bapa dan agensi berkaitan antaranya PDRM, AADK yang akan mengambil tindakan mengikut tanggungjawab masing-masing bagi menyelesaikan aduan yang diterima.

“Program ini berperanan sebagai ‘buffer’ (penampan) permasalahan yang berlaku di sekolah sebelum iatular di laman sosial bertujuan untuk melindungi maruah, nama sekolah yang terlibat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI