fbpx

Jangan risau, saya tak ambil Mierul Aiman – Qasrina Karim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QASRINA dan Mierul berlakon bersama dalam drama komedi, Imam Instant Ustazah Scammer.

KUALA LUMPUR – Aktres meningkat naik, Qasrina Karim mendedahkan pernah menerima mesej berbaur amaran daripada peminat aktor Mierul Aiman.

Kongsi pemilik nama penuh Qasrina Abdul Karim berkenaan, kebanyakan mesej dalam Instagram yang diterima meminta dirinya agar tidak terlalu rapat dengan bintang drama Projek: High Council itu.

“Ada segelintir yang mesej dan marah serta memberi amaran melarang saya ambil Mierul daripada mereka.

“Mungkin sebab cemburu saya berlakon bersama Mierul dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer (IIUS). Tak mengapa saya faham,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2023, di sini baru-baru ini.

Bintang filem Kongsi Raya 2022 berkenaan bagaimanapun memahami situasi tersebut memandangkan Juara Hero Remaja 2021 itu mempunyai kelompok peminat yang ramai.

Pada masa sama, dia juga tidak menafikan ada juga yang mahu melihat mereka benar-benar bercinta.

“Apa pun saya faham dia mempunyai peminat yang sangat ramai. Saya ada juga terbaca permintaan peminat mahu kami bersama.

“Jangan risau, saya tak akan ambil dia, kami hanya kawan dan bekerja bersama dalam drama tersebut,” ujarnya.

Sekadar info, selain Qasrina dan Mierul, IIUS yang kini menjadi bualan hangat ramai turut dibintangi Hun Haqeem dan Mira Filzah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI