fbpx

Dua ekor buaya di Pusat Hidupan Liar Matang terlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kandang yang menempatkan dua ekor buaya di Pusat Hidupan Liar Matang rosak akibat hujan lebat menyebabkan kedua-dua reptilia itu terlepas pada petang semalam.

KUCHING- Dua ekor buaya sepanjang 10 dan 16 kaki yang ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang dilaporkan terlepas petang semalam.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata kedua-dua ekor reptilia itu terlepas setelah kandangnya rosak disebabkan hujan lebat.

Justeru, katanya orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan kehadiran buaya berkenaan di persekitaran Pusat Hidupan Liar Matang.

“Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran Pusat Hidup Liar Matang, terutama para penduduk di Kampung Rayu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya orang ramai diminta tidak panik kerana pihak SFC dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan kerja-kerja pengawasan dan pencarian menyeluruh di kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya boleh menghubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI