fbpx

Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PETALING JAYA – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti tersebut.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat khas MPT parti berkenaan yang diadakan pada hari ini.

“Ini kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

“MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap Presiden dan parti Bersatu dengan fitnah serta kezaliman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI