fbpx

Anna Jobling mula sukar didekati – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING

ADA cerita tidak enak singgah ke telinga Diva tentang pelakon cantik Anna Jobling. Katanya, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu sudah mula bersikap sombong. Betul ke?

Kejadian ini berlaku di depan mata rakan Diva sendiri sewaktu menghadiri sebuah majlis pelancaran sebuah produk.

Ketika berada di majlis itu, Anna dikatakan telah menghalang laluan tetamu lain kerana sedang bergambar di situ.

Kebetulan terdapat beberapa orang peminatnya turut berada di situ yang sedang menunggunya untuk bergambar.

Tapi yang tidak seronoknya, selepas selesai bergambar, dia terus berlalu begitu sahaja. Sudahlah menghalang laluan. Minta maaf pun tidak.

Peminat yang menunggu dari tadi kecewa kerana tidak dapat bergambar dengan pelakon kesayangan mereka.

Perkara itu disaksikan sendiri kenalan Diva yang juga ada di majlis tersebut. Sebenarnya dah mula timbul cakap-cakap Anna sekarang tidak lagi seperti dahulu apabila sudah mula sukar didekati.

Janganlah begitu. Hidup ini ibarat roda, jadi faham-fahamlah ya.

DIVA: Selepas berkahwin penyanyi Tom dan suaminya Fuad Rahman tak boleh berenggang, asyik berkepit sahaja macam belangkas!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI