fbpx

Warga emas terbunuh dilanggar trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN maut di Jalan Kampung Paya, Kluang yang melibatkan sebuah motosikal dan kenderaan pacuan empat roda pagi tadi.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Paya 1, Kampung Paya dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu menyebabkan R. Nadarajan, 63, terbunuh di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di jalan utama Kampung Paya sebelum kenderaan pacuan empat roda tersebut tiba-tiba keluar dari arah Jalan Paya 1/2 dan melanggar mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa tercampak dari atas motosikalnya dan mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah siasat manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, kes akan di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI