fbpx

Sulam kulit hukumnya haram sama seperti tatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Scha Amlie di akaun Facebooknya.

PETALING JAYA – Perkhidmatan sulam kulit yang semakin mendapat perhatian wanita adalah sangat membimbangkan kerana bertentangan dengan hukum syarak.

Rata-rata servis sulam ini akan bertahan sehingga satu ke dua tahun dan tidak boleh ditanggalkan kerana bukan telus air.

Menerusi perkongsian Scha Amlie di Facebook, bukan sahaja perbuatan tersebut boleh diibaratkan seperti tatu namun ‘dimelayukan’ hanya semata-mata untuk menghalalkannya.

“Entah kali keberapa cakap, sulam ke dalam kulit ini nama Melayu bagi tatu sahaja.

“Haram sulam blusher, bedak atay ‘foundation’, kening, gincu bibir dan sebagainya.

“Semua yang di atas menggunakan kaedah tatu. Pakai dakwat atau bahan yang masuk ke dalam kulit secara kekal adalah haram,” tulisnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mengecam tindakan peniaga yang menyediakan servis itu disamping ada juga yang baru mengetahui tentang hukum memakainya.

“Pelik macam mana boleh kata sulam kulit yang kekal itu tidak jatuh sama macam tatu sebab benda itu kekal. Jangan membolehkan semua ikut nafsu,” komen Atiqah.

“Pernah tegur peniaga yang buat tetapi dia kata tidak sama dengan tatu. Ini sulam, halal. Padahal konsepnya sama, tidak telus air,” komen Azura.

“Bahasa kasar itu tatu. Adik-beradik dialah itu. Nak sedap panggil lah sulam,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI