TIADA angin tiada ribut, aktres cilik popular yang kini semakin meningkat dewasa, Puteri Balqis bergelar seorang penyanyi.
Muncul dengan single sulung berjudul Rinduku, video-video promosi lagu itu tular dan menjadi bualan ramai dalam TikTok.
Pelbagai reaksi termasuk pujian dilemparkan kepada remaja berusia 16 tahun berkenaan.
“Lagu sedap, video muzik pun cantik. Harap lagu ini meletup!” komen netizen.
“Terasa sampai ke jiwa. Tak sedar air mata menitis ketika mendengar lagu ini,” ujar netizen lain.
Difahamkan, lirik dan muzik lagu tersebut dihasilkan oleh Arnab Santai. Sehingga kini, lagu tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan dalam YouTube.