fbpx

Pesanan peniaga bazar Ramadan, jaga kebersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jangan sediakan roti john terlalu awal empat jam sebelum berbuka puasa dan pastikan masakan seperti ayam percik dan ayam golek dimasak sempurna tanpa darah.

Itu antara pesanan dan ingatan oleh Public Health Malaysia kepada peniaga bazar Ramadan yang akan membuka perniagaan pada bulan puasa ini sekali gus mengambil berat soal kebersihan.

Menerusi poster yang dikongsikan pada Facebook, pihak tersebut turut meminta peniaga misalnya yang menjual murtabak untuk membasuh telur terlebih dahulu manakala bagi peniaga air balang untuk tidak meletakkan ais di bawah.

“Kepada peniaga bazar Ramadan, anda menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa seharian.

“Bayangkan selepas berpuasa, mereka alami keracunan dengan gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit. Memang sengsara, lembik longlai ada risiko dehidrasi,” katanya pada hantaran tersebut hari ini.

Sehubungan itu, penting kepada peniaga bazar Ramadan untuk menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan, mendapatkan suntikan tifoid dan menghadiri kursus penyediaan makanan.

Malah, pekerja-pekerja sementara juga perlu mengetahui tatacara penyediaan makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI