fbpx

Negara perlu terus semarak program berbentuk agama – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika hadir pada Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, malam ini. GAMBAR FARIZ RUSADIO.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar program berbentuk selawat, munajat, majlis ilmu kerap diadakan selaras dengan konsep yang dibawa Kerajaan Perpaduan iaitu Malaysia Madani.

Anwar berkata, Madani itu sendiri membawa maksud kepada sebuah kerajaan bertamadun dan program berkonsep keagamaan merupakan langkah yang perlu terus dilaksanakan di negara ini.

“Majlis munajat dan berselawat termasuk majlis ilmu bagi saya sepatutnya diterapkan. Jika dihayati konsep Malaysia Madani itu sendiri, ia membawa pengertian negara ini bertamadun yang dijanakan dengan perpaduan.

“Seharusnya kita memanfaatkan kekuatan perpaduan dan persatuan itu untuk mengangkat martabat insaniah, ekonomi, ilmu, pendidikan dan sosial,” katanya ketika berucap pada Program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini malam ini.

Turut hadir, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Tokoh Ilmuan Islam, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid serta Ulama tersohor Mesir, Sheikh Ahmad bin Ali bin Yahya Al-Husaini Al-Badawi.

Tambahnya, mengingatkan kepada masyarakat beragama Islam untuk mendekati Nabi Muhammad SAW dengan cara berselawat.

Program tersebut, dianjurkan oleh Pertubuhan Dai Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Program bertemakan Mahabbah Rasullulah Asas Kejayaan Malaysia Madani itu dihadiri kira-kira 7,000 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI