KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) akhirnya meraih kemenangan sulung dalam Liga Super apabila menewaskan PDRM FC1-0 ke atas di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.
Kemenangan itu dibantu jaringan tunggal bek tengah, Sardor Kulmatov pada hujung babak kedua sekaligus membawa TFC melonjak ke tangga keenam dari kedudukan tercorot dengan empat mata.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan Kulmatov pada minit 77 perlawanan berpunca sepakan penjuru Hairiey Hakim Mamat itu berjaya menceriakan lebih 9,000 penyokong tuan rumah.
Terdahulu, PDRM kekurangan seorang pemain dalam masa tambahan babak pertama susulan layangan kad merah ke atas penjaga golnya, Ramdhan Ab. Hamid gara-gara kekasaran terhadap Jordan Mintah di luar kotak penalti._KOSMO! ONLINE- KOSMO! ONLINE